Sweet owner ![]() Assalammualaikum. Follow Mine Girlfriend Single ♥ Drop Music Plishhh! :< Status ツ Bigfoots! ![]() • Be Nice Here ! • Respect Mine , I Will Respect Yours !
| Nak ' BERUBAH ' ? ![]()
• Mulakan perubahan anda dengan berniat kerana Allah. InshaAllah perubahan/penghijrahan dekat diri anda akan berjalan dengan lancar.
• Tidak dinafikan, memang sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam masa sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita mesti dapat mengalami perubahan terbesar dalam diri kita.
4. LAKUKAN PERUBAHAN PADA MASA SEKARANG.
• Jangan bertangguh dalam masa yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan dapat hasil yang baik pada masa depan.
5. BERUBAH DENGAN NIAT DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
• Kita perlu memaksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri kita untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nasfu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
6. JADIKAN AMALAM ITU SEBAGAI TABIAT HARIAN.
• Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke perangai lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukan nya. Lakukan lagi dan lagi.
Okay, terimakasih sebab penatkan diri korang baca entry mimi kali neh. Mimi harap, segala tips yang mimi listkan nih, sedikit banyak boleh menbantu korang dalam melakukan perubahan diri. InshaAllah, mimi juga akan tetapkan hati serta azam dan semangat untuk penuhkan solat 5waktu yang selama nih kadang cukup kadang tak nyaa tuh. Mimi harap korang enjoy dan tak terasa hati dengan nya :) Okay, mimi sudahinya dengan lafaz Syukranjazilan. Byebye! *lambai tangan.
|